I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 27, 2009

Alangkah Baiknye......

Alangkah baiknya...


Ada seorang lelaki yang sedang nazak. Dia mengungkapkan beberapa perkataan yang sukar di fahami orang lain. Katanya "alangkah baiknya kalau semua, alangkah baiknya kalau baru dan alangkah baiknya kalau banyak”. Sahabatnya tidak memahami kata-katanya itu lalu bertanya kepada Rasullullah. Lalu Rasullullah bersabda:

yang pertama: semase sihatnya lelaki ini telah menyedekahkan separuh roti yang dimakan kepada pengemis yang datang ke rumahnya dengan ikhlas. Kerana separuh roti itu, Allah tumjukkkan kepadanya ganjaran yang bakal menunggu di syurga. Jadi dia berkata ”alangkah baiknya kalau semua”.

Yang kedua; lelaki ini berjalan di satu lorong dan bertemu dengan seorang tua yang kesejukkan. Lantas dia memberikan bajunya ynag tidak berapa baru kepada orang tua itu dengan hati yang ikhlas. Allah menjanjikan ganjaran yang baik di syurga kerana sedekah itu. Kerana itulah die berkata; ”alangkah baiknya kalau baru”.

Yang terakhir, satu hari lelaki ini pergi ke masjid. Dalam perjalanannya, di hadapannya adalah seorang lelaki tua yang lambat pergerakan nya. Lelaki ini tidak memintasnya sebaliknya memimpin tangannya dan mengajaknya ke masjid. Malangnya lelaki tua itu seorang yahudi. Lalu lelaki ini menghantar orang tua itu ke rumahnya. Satu tangan yang dipimpin kerana Allah bakal mendapat ganjaran di syurga. Sebab itu lah lelaki itu berkata” alangkah baiknya kalau banyak”.


so, sebenarnya ape-ape pon perkara yang kite buat dengan hati yang ikhlas adalah lebih baik daripada buat something yang besar tapi hanya nak menunjuk-nunjuk...

semoga kite berada dalam goilongan yang selalu ikhlas kerana Allah...

wallahualam...

No comments:

Post a Comment