fitrah manusia adalah tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Akan tetapi kite sebenarnya dikuriakan banyak peluang untuk mengubah tabiat dan hidup dengan lebih baik.
Menurut Imam al-Ghazali rahimullah, dalam diri manusia ada empat fakulti iaitu fakulti ilmu, fakulti marah, fakulti kehendak dan fakulti keadilan.
disebalik empat fakulti tersebut, akan wujud nilai-nilai moral samada ianya baik ataupun buruk. antara nilai-nilai tersebut, nilai yang paling mulia adalah nilai yang terletak di antara nilai baik dan nilai buruk. Ini bermakna ianya tidak terlampau baik dan tidak terlampau buruk.
oleh hal yang demikian, menurut imam al-Ghazali, ade empat nilai-nilai mulia yang lahir daripada empat fakulti manusia. nilai-nilai tersebut adalah:
1-bijaksana antara angkuh dan bodoh bagi fakulti ilmu
2-berani antara kasar dan pengecut bagi fakulti marah
3-berpada-pada antara tamak dan tiada kemahuan dalam fakulti kehendak
4-adil antara ketidakadilan dalam fakulti adil
berlainan dengan aristotle, al-ghazali berpendapat, keempat-empat nilai murni tersebut diperolehi menerusi cara hidup yang berpandukan ajaran syariah yang betul serta pendidikan yang tidak secular..
walau bagaimana pun, sedalanya terletak dalam diri manusia samada untuk menjadi baik, lebih baik ataupun sebaliknya....
wallahualam...
No comments:
Post a Comment