I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 12, 2010

Oh hatiku................

Hati atau dalam bahasa Arab di sebut 'kibdah'.
Apakah kepentingan hati??

Para doktor berpendapat, hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisme dalam tubuh. Hati dalam tubuh mempunyai banyak fungsi antaranya menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma dan menyahtoksik dadah.Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Hati menerima makanan yang larut dalam darah apabila makanan ini dicerna dan diserap di usus.

ya..bukankah hati itu penting??

Rasulullah pernah bersabda,
"Manusia itu dua matanya ibarat petunjuk, dua telinga nya ibarat pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya seperti sayap, dua kakinya ialah perutusan, hatinya pula sebagai raja. Kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya".

Dalam hadis ini, hati yang dimaksudkan bukannya 'kibdah' tetapi 'qalb' yang bermaksud, hati yang menjana iman yang sifatnya berbolak-balik.
maka, ada satu doa yang disarankan untuk hati,
"ya muqallibal qulub, thabbit qulubi a'lad diinik, thabbit quluubi a'la toa'tik.."
(Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati ku atas agamamu, tetapkan hatiku atas ketaatan kepadamu..")

Qalb amat penting kepada manusia kerana ianya raja kepada seluruh tubuh.andai kata kita tidak menjaganya dengan baik, ianya boleh rosak dan mati. andai kata ianya rosak, maka rosaklah iman kita. kesannya pancaindera kita tidak dapat berinteraksi dengan keimanan yang sebenar terutamanya akal.

Qalb boleh menjadi kepada tiga tahap:
1)Qalb yang hidup
2)Qalb yang sakit
3)Qalb yang mati

Bayangkan hati itu umpama satu bekas, dan iman itu adalah air yang memenuhi bekas tersebut. sekiranya retak bekas itu, maka air semestinya akan perlahan-lahan mengalir keluar. lebih teruk jika bekas itu pecah, maka air akan habis tumpah.
begitu lah iman, andai hati itu mati, maka tiadalah tempat untuk iman kita berlindung.

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda,
"dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal darah, jika baik gumpalan darah itu, maka baiklah seluruh tubuhnya. jika buruk gumpalan itu maka buruklah kesemuanya, dan ketahuilah gumpalan itu adalah hati"

Virus hati...
apakah virus hati??
puncanya adalah dosa. Rasulullah mengingatkan melalui sabda baginda,
"sesungguhnya hati itu boleh berkarat seperti berkaratnya besi..."

maka hati memerlukan penjagaan yang rapi.bagaimana?
jadikanlah hidup ini sebagai ibadah.jaga lah hati supaya ianya terus hidup, peka dan sensitif kepada perkara-perkara maksiat.

bagaimana hendak memeriksa hati??
bermuhasabahlah...
antara hati yang hidup ia masih merasa getar dan teralun dengan zikrullah, tilawatil Quran dan pelbagai jenis ibadah. hati itu masih mahu ingat kepada Allah dan merasa gembira pada teguran yang membina.

Dr. Majdi al-Hilali menyatakan bahawa hati adalah medan pertempuran antara nafsu dan iman. hati yang tewas kepada nafsu akan menjadi sakit. antara penyakit hati termasuk iri hati, hasad dengki, fitnah, buruk sangka,khianat, was-was, marah.

bagaimana nak merawat, membersihkan dan menyucikan hati??
Taubat salah satu jalannya, istiqamah adalah tongkatnya..
yang paling mudah lakukan kebaikan seperti memberi salam, senyum, sedekah yang ikhlas, mengutip sampah, membaca al-quran walaupun seayat dalam sehari, berzikir, istigfar, selawat dan jaga solat lima waktu.

sesungguhnya kemanisan hidup terdapat pada keredhaan Allah. maka bersihkanlah hati sebelum terlewat. jika walaupun selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Allah akan menghampiri kita.
Rawatlah hati, peliharalah ia, sesungguhnya hati itu bejana iman kita.
Wallahualam.........

Wednesday, July 14, 2010

saye dah penat la..............

saye dah penat...
hari2 terase..
hari2 sakit....
tapi sebenarnya ia buat saye sedar.....
hidup ini bukan milik saye...
diri dan jiwa ini hanya pinjaman semata...

berkali2 ditanya kenapa....
tanpa sebarang jawapan, hati terus berbicara...
mgkn inilah dilemma usia...
membuat hati gundah gulana....

saye dah penat...
mencari jawapan yang tiada...
menunggu hati yang merana...

saye dah penat...
menempuh realiti yang mendera...
menghadapi cara yang melemahkan jiwa...

ya Allah..
berilah ku kekuatan..
menghadapi rintangan dan cabaran..
merentasi norma syaitan...

ya Allah...
lindungi ku dari segala kejahatan..
pimpinlah ku ke jalan kebenaran...
moga ku pasrah di setiap ketentuan...

ya Rabbal A'lamiin.....

sesekali hatiku bebicara.............

juz to share something...

kdg2 sye terfikir, knp lelaki ssh sgt nk berterus terang..???
peliknye, bile di tanya pada golongan itu sendiri, mereka mengatakan tidak pada pandangan saya....

tapi yang menjadi kemusykilan di sini, apa yang terjadi di realiti, sahabat2 saya malah diri saya sendiri mengalami keadaan di mana kami harus terus bersabar dengan respon pihak lelaki yang saya boleh katakan sebagai 'pending'....

ceritenye bermule...dalam mase yang terdekat ni, saye ade berjumpe dengan seorang hamba Allah ni...mule2 x rs ape2 pn, tp satu hari, die mengetuk pintu hati saye yang mendorong saye buat istikhara...yang menariknya, saya mimpi die berkali2 seolah2 die menhantar msj maya pada saya...

pd awlnya, sy berkekesimpulan mgkn die seorg yang pemalu..dan disebabkan saye hati saya yg bertepuk saye mengambil langkah seperti saidatina khadijah...
allahuakbar....still x dpt jwpn...hanya die berkate "ssh la nk ckp".......

mgkn saye yg bertepuk sebelah tangan tapi knp saye mimpi die berkali2 slps istikhara..nk dijdkn cerite ini lebih menarik, saye kagum dengan kekuatan kasih seorang ibu yang dpt merasakan dilemma yg saye alami..

pendek kate, saye terfikir, knp saye jd gelisah krn seorg lelaki yang baru saya kenali...logically, mgkin sbb die adalan insan pertama dlm hidup saya yang saye rskn mmpunyai persamaan dengan saya...

ok, mgkn die bukn jdoh sy tp knp saye mimpi die..??..akur dengan takdir, saye terime pendapat kwn saye yg mengatakan "mgkn Allah nk tunjukkan sesuatu pada saya dan mgkn saye bukan yang terbaik tuk die...

semoga kite same2 dpt jdoh yang baik...wallahualam

Saturday, March 6, 2010

Adakah kite perlu ade cinta??



Bile kite berbicara tentang cinte, biasanya kite akan merujuk kepada perhubungan dua hati yang akan membawa kepada perkongsian hidup dua jiwa. berapa ramaikah yang menyedari bahwa cinte itu sebenarnya luas??

dilemma antara cinte dan kasih sayang...adakah berebza antara duanya??
ada yang berkata bahwa cinta itu hadir bile kite suke kat seseorang...tapi ape beza cinte, suke dan sayang...

apabile kite berbicara mengenai ketiga-tiganya, hati kite akan terasa...adakah kite sedang cinte, sayang atau suke dengan seseorang itu...tapi bagaimana pule dengan kasih??

semakin kite berfikir, menghitung dan menganalisa kebenaran hati kite, kite akan dapati diri kite semakin keliru dan kabur dengan diri kite sendiri...tetapi perlukah kite berfikir mengenainya, adakah ianya penting?? bagaimana pula dengan sayang kite kepada keluarga terutamanya ibu bapa..adakah ianya cinte, kasih, sayang atau suke???

hakikatnya, kite tak akan dapat memastikan jawapan yang tepat kerna sebenarnya ia berbeza menurut pandangan dan pendapat peribadi masing-masing...apa yang pasti adalah sebaik-baik sayang pada seseorang adalah apabila kite mampu berasa gembire bile die gembire dan sedih bile die sedih..ianya sampai ke satu tahap di mana kite akan menyokong segala tindakannya asalkan ianya tidak bercanggah dengan hukum alam dan tidak memberi keburukan dengan dirinya dan orang lain...semoga hati kite akan terus tetap dan berpegang teguh pada pegangan yang hakiki....

Thursday, January 28, 2010

Destinasi Cinta

Destinasi Cinta
Artist: Mestica
Song Category: Nasyid

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

Friday, January 8, 2010

Ape tu hati???

Abu Hurairah melaporkan dalam satu hadis;

”hati adalah umpama raja dan anggota tubuh badan sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, pengawalnya tentulah bertugas dengan baik. Apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, sudah tentu pengawalnya begitu juga.”

Daripada petikan di atas kite boleh faham bahawa setiap tindakan yang kite lakukan sebenarnya datng dari hati. Semua anggota tubuh kite di kawal oleh hati termasuk akal , mica dan fikiran kite.

Ianya bergantung kepada hati kite samada nak melakukan kebaikan ataupun kejahatan. Sekiranya hati seseorang itu sering membuat keputusan berpandukan ajaran al-Quran, maka dia akan mendapat kebahagian hati.

Rasullullah bersabda;

” ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, buruklah semuanya. Ketahuilah, ia adalah hati..”

Hati terbahagi kepada tiga;

1)hati yang sihat

2)hati yang mati

3)hati yang sakit


yang mane kah kite???

ape perbezaan nya??

sesungguhnya hati itu yang menentukan kelakuan insan yang memberi kesan kepada hidup kite...

wallahuallam....