Thursday, January 28, 2010
Destinasi Cinta
Artist: Mestica
Song Category: Nasyid
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...
Friday, January 8, 2010
Ape tu hati???
Abu Hurairah melaporkan dalam satu hadis;
”hati adalah umpama raja dan anggota tubuh badan sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, pengawalnya tentulah bertugas dengan baik. Apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, sudah tentu pengawalnya begitu juga.”
Daripada petikan di atas kite boleh faham bahawa setiap tindakan yang kite lakukan sebenarnya datng dari hati. Semua anggota tubuh kite di kawal oleh hati termasuk akal , mica dan fikiran kite.
Ianya bergantung kepada hati kite samada nak melakukan kebaikan ataupun kejahatan. Sekiranya hati seseorang itu sering membuat keputusan berpandukan ajaran al-Quran, maka dia akan mendapat kebahagian hati.
Rasullullah bersabda;
” ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, buruklah semuanya. Ketahuilah, ia adalah hati..”
Hati terbahagi kepada tiga;
1)hati yang sihat
2)hati yang mati
3)hati yang sakit
yang mane kah kite???
ape perbezaan nya??
sesungguhnya hati itu yang menentukan kelakuan insan yang memberi kesan kepada hidup kite...
wallahuallam....