Hati atau dalam bahasa Arab di sebut 'kibdah'.
Apakah kepentingan hati??
Para doktor berpendapat, hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisme dalam tubuh. Hati dalam tubuh mempunyai banyak fungsi antaranya menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma dan menyahtoksik dadah.Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Hati menerima makanan yang larut dalam darah apabila makanan ini dicerna dan diserap di usus.
ya..bukankah hati itu penting??
Rasulullah pernah bersabda,
"Manusia itu dua matanya ibarat petunjuk, dua telinga nya ibarat pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya seperti sayap, dua kakinya ialah perutusan, hatinya pula sebagai raja. Kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya".
Dalam hadis ini, hati yang dimaksudkan bukannya 'kibdah' tetapi 'qalb' yang bermaksud, hati yang menjana iman yang sifatnya berbolak-balik.
maka, ada satu doa yang disarankan untuk hati,
"ya muqallibal qulub, thabbit qulubi a'lad diinik, thabbit quluubi a'la toa'tik.."
(Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati ku atas agamamu, tetapkan hatiku atas ketaatan kepadamu..")
Qalb amat penting kepada manusia kerana ianya raja kepada seluruh tubuh.andai kata kita tidak menjaganya dengan baik, ianya boleh rosak dan mati. andai kata ianya rosak, maka rosaklah iman kita. kesannya pancaindera kita tidak dapat berinteraksi dengan keimanan yang sebenar terutamanya akal.
Qalb boleh menjadi kepada tiga tahap:
1)Qalb yang hidup
2)Qalb yang sakit
3)Qalb yang mati
Bayangkan hati itu umpama satu bekas, dan iman itu adalah air yang memenuhi bekas tersebut. sekiranya retak bekas itu, maka air semestinya akan perlahan-lahan mengalir keluar. lebih teruk jika bekas itu pecah, maka air akan habis tumpah.
begitu lah iman, andai hati itu mati, maka tiadalah tempat untuk iman kita berlindung.
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda,
"dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal darah, jika baik gumpalan darah itu, maka baiklah seluruh tubuhnya. jika buruk gumpalan itu maka buruklah kesemuanya, dan ketahuilah gumpalan itu adalah hati"
Virus hati...
apakah virus hati??
puncanya adalah dosa. Rasulullah mengingatkan melalui sabda baginda,
"sesungguhnya hati itu boleh berkarat seperti berkaratnya besi..."
maka hati memerlukan penjagaan yang rapi.bagaimana?
jadikanlah hidup ini sebagai ibadah.jaga lah hati supaya ianya terus hidup, peka dan sensitif kepada perkara-perkara maksiat.
bagaimana hendak memeriksa hati??
bermuhasabahlah...
antara hati yang hidup ia masih merasa getar dan teralun dengan zikrullah, tilawatil Quran dan pelbagai jenis ibadah. hati itu masih mahu ingat kepada Allah dan merasa gembira pada teguran yang membina.
Dr. Majdi al-Hilali menyatakan bahawa hati adalah medan pertempuran antara nafsu dan iman. hati yang tewas kepada nafsu akan menjadi sakit. antara penyakit hati termasuk iri hati, hasad dengki, fitnah, buruk sangka,khianat, was-was, marah.
bagaimana nak merawat, membersihkan dan menyucikan hati??
Taubat salah satu jalannya, istiqamah adalah tongkatnya..
yang paling mudah lakukan kebaikan seperti memberi salam, senyum, sedekah yang ikhlas, mengutip sampah, membaca al-quran walaupun seayat dalam sehari, berzikir, istigfar, selawat dan jaga solat lima waktu.
sesungguhnya kemanisan hidup terdapat pada keredhaan Allah. maka bersihkanlah hati sebelum terlewat. jika walaupun selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Allah akan menghampiri kita.
Rawatlah hati, peliharalah ia, sesungguhnya hati itu bejana iman kita.
Wallahualam.........